Penubuhan Fpi
Fpi ditubuhkan pada bulan November 2004. Pada ketika itu kumpulan ini mempunyai empat orang ahli iaitu; Amir, Shah Spek, Pian dan Mie (nama samaran). Pada mulanya kami juga melakukan aktiviti ini secara tidak rasmi sebelum ini. Dengan pelbagai kejadian yang pelik yang berlaku di sekitar taman perumahan kami, kami ingin menyiasat apa yang berlaku sebenarnya dan cuba membuktikan kehadiran entiti yang sebelum ini pernah menakutkan penduduk di kawasan perumahan kami.
Sekarang terdapat penambahan seorang ahli baru dari kawasan Nibong Tebal, Eddy, seorang anggota polis yang sering membantu kami dalam mendapatkan kebenaran pihak berkuasa serta menjejaki kawasan yang berkemungkinan wujudnya entiti ini.
Inilah Ahli Kumpulan Fenomena Paranormal Investigations;
.JPG)
Amir
Nama sebenar Amir Hamzah bin Ishak. Beliau adalah seorang guru yang sekarang ini menetap di Cenderawasih, Felda Sahabat 7, Lahad Datu, Sabah. Beliau adalah ketua dalam kumpulan ini. Kepakaran beliau adalah dalam bahagian editor dan pembina laman web ini. Beliau juga merupakan pembekal segala alatan-alatan yang digunakan oleh kumpulan ini.
Shah Spek
Nama sebenar Mohd Shahrizal bin Bakar. Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan yang sekarang ini menetap di kawasan perumahan Taman Selasih, Kulim, Kedah. Beliau adalah jurukamera dalam kumpulan ini.
Pian
Nama sebenar Mohd Soffiyant bin Saa'ri. Beliau adalah seorang pekerja kilang yang juga sekarang ini menetap di kawasan perumahan Taman Selasih, Kulim, Kedah. Beliau adalah seorang peninjau kawasan yang dipercayai wujudnya entiti dan beliau juga adalah orang yang pertama memasuki sesuatu kawasan tersebut.
Mie
Nama sebenar beliau Nur Mohd Azmi bin Ali. Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan yang sekarang ini menetap di kawasan perumahan Taman Selasih, Kulim, Kedah. Beliau adalah seorang yang menjaga peralatan serta kenderaan semasa berada di lokasi.
Eddy
Nama sebenar beliau Shahrulaznur bin Mohd. Khairol. Beliau adalah seorang yang bertugas di Nibong Tebal, Seberang Perai Utara, Penang. Beliau adalah seorang yang membantu dalam urusan kebenaran pihak berkuasa untuk melakukan pengambaran di lokasi. Beliau juga seorang peninjau dan pemberi maklumat mengenai lokasi untuk pengambaran kumpulan ini.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai lokasi (Seluruh semenanjung Malaysia), cerita seram atau gambar (akan ditapis dahulu untuk kesahihannya) yang berkaitan dengan wujudnya entiti, bolehlah anda berkongsi dengan kami dengan menghantarkan kepada kami di email kami di bawah. Sumbangan anda amatlah di alu-alukan
E-mail : [email protected] atau [email protected]