FPi Fenomena Paranormal Investigations

Teknologi

Teknologi

Kami mengunakan beberapa alatan yang berkaitan semasa membuat pengambaran di lokasi. Kami menggunakan kamera digital Nikon Coolpix 3200 beresolusi 3.2 megapixel untuk mengambil gambar-gambar pegun or 'still picture'. kami gunakan kamera video Samsung yang menggunakan tape miniDV untuk menangkap video bergerak. Sebagai penunjuk kehadiran entiti, kami menggunakan digital thermo yang dapat mengambil ukuran suhu dan kelembapan sesuatu 'spot' di kawasan yang diterokai. Kami juga menggunakan satu alat yang dikenali sebagai Negatif Ion Detector. Mengikut teori yang saya ketahui, biasanya kewujudan entiti adalah berdasarkan kepada perubahan cuaca sesuatu kawasan kecil pada lokasi, ini disebabkan oleh perubahan elektrostatik ( medan magnet) di kawasan tersebut. Jika berlakunya perubahan cuaca ini, maka ia melibatkan suhu dan juga kelembapan 'spot' di lokasi tersebut. Suhu akan turun mendadak hanya pada 'spot' yang kecil, sebagai contoh jika suhu kawasan tersebut 24 °C kepada 21°C, ini menunjukkan entiti berada hampir dengan kawasan yang anda uji. Begitu juga dengan kelembapan, jika kelembapan meningkat bacaannya secara memdadak, maka entiti tersebut berada dekat dengan anda. Dengan menggunakan Negative Ion Detector, ia dapat mengesan perubahan ion-ion pada sesuatu kawasan. Disebabkan kehadiran entiti ini menyebabkan perubahan medan magnet, maka bilangan ion-ion akan meningkat, bacaan yang sesuai untuk menentukan kehadiran entiti adalah ditengah-tengah, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Kami juga menggunakan flash light yang telah dipasang dengan penapis warna merah, ini adalah disebabkan cahaya merah tidak silau malah apabila digandingkan dengan kamera video, kelihatan pada kamera tersebut (fungsi night shoot digunakan) akan kelihatan terang dan tidak bersilau. Kami juga menggunakan alat perakam suara digital untuk merekod kemungkinan suara yang tidak kedengaran yang dihasilkan oleh entiti, teknik mengekstrak suara entiti ini dikenali sebagai EVP ( Electronic Voice Phenomena ). Anda boleh mendengarkan demo dengan mengklik Spiricon1 dan Spiricon2 ini untuk menghayati kegunaan EVP (dengan menekan link tersebut, anda diminta menghantar email, kami akan menghantar file tersebut sebaik sahaja menerima respon anda).

Teknik

- Masih dalam Pembinaan -

Updated 09.Oct.2005 | ©2005 Fenomena Paranormal Investigations